Thursday, September 29, 2011

Eh, rupanya aku begitu dan begini?

Pejam celik pejam celik dah tiga minggu aku meneruskan perjuangan semula di tanah Shah Alam yang kupijak dan langitnya yang ku junjung. Diam-diam dah semester lima aku rupanya. Hanya tinggal beberapa langkah untuk aku lalui. Beberapa tapak untuk aku duduki. Perasaan aku? Haruslah aku seronok dah nak abis study kan. orang gila jela yang sedih. HAHA. Tapi sungguh aku belum puas. belum penuh pun Ilmu di dada. Aduh kerdil dan ceteknya pengetahuan aku. Tapi tak apa. mungkin ada benda lain yang akan mengajar aku. kan? aku harap macam tu lah... :)
Oh ya. masuk2 semester 5 ni, untuk kelas pertama subjek ETP pensyarah aku tugaskan kami untuk buat analisis diri. apa itu analisis diri???  Mengikut terjemahan aku sendiri, analisis ialah kajian yang kita lakukan untuk mengetahui keputusan bagi sesuatu persoalan. 
Baru sekejap tadi aku selesai memerah otak untuk analisis diri aku nih. Mencari apa yang positif, dan apa yang negatif dalam diri. Baru aku tau, rupanya aku begitu dan begini?? Susah rupanya nak kenal diri sendiri. Tak percaya? korang cuba lah. Untuk aku, nak cari perkara positif adalah susah dalam diri aku ni. Hahh... yang negatif tu pulak mesti lah bertimbun-timbun. Hehe.. aku pun tak tau. Adakah aku tak kenal diri aku sendiri? Kalau macam tu macam mana aku nak kenal orang lain? susah kan? Kalau korang nak tahu. Mari lah sama-sama buat analisis macam aku. mesti korang akan nampak siapa diri korang yang sebenar. Bila kita kenal dengan diri kita, baru lah kita boleh kenal orang lain. Semudah ABC! Okay jom layan gambar aku kejap (korang nak analisis aku pon boleh~) hiiiii.. zazzzz!
Ni gambar aku bersama kawan2 aku masa raya yang lepas(saja nak interframe. Aku yang bertudung ungu.) hahahaha~ jgn mara aaaaa~~
*kalau korang terer, buat lah analisis untuk gambar ni.. hehe..

Sunday, September 4, 2011

cemburu tapi tak buta

Asslamualaikum..
dah selalu sgt aku dengar orang cakap "cemburu buta, cemburu buta"...
dari generasi nenek moyang cucu cicit buyut embah lanang embah wedok semua ada  sampai lah sekarang ni hah..
lebih-lebih lagi kaum Adam di muka bumi ni la.
bila orang cemburu mesti mereka katakan cemburu buta. hadoi~
bagi aku pula, cemburu tu tak banyak yang buta! serius sikit gila.
dan perempuan akan cemburu bila rasa dirinya tergugat,
perhatian yang diberi teralih...
atau....................................................

ada insan lain yang kelihatan tertarik dengan orang yang mereka sayangi.(contohnye ;tersenyum2 simpul dengan kekasih hati, menngelabah tak tentu pasal, and macam2 la.. )
tak buta kan cemburu camtu?
aku tak reti nak terangkan camne..
tapi wanita yang pernah mengalami pasti memahami.
Aku sendiri tidak terkecuali lah..
yela aku kan wanita (dah umur 21 thn kira wanita la kan????) hehehe
mmg tipu la korang kalau kata tak pernah cemburu...
hati dan naluri wanita ni sangat kuat.
para penipu kat luar sana tu leh lupakan la kalau korang rasa nak tipu awek2 korang tu..
mereka boleh rasa..
itulah kelebihan wanita.

melalui pemerhatian aku. (dah macam ahli fizik la pulak) haha
ramai lelaki dah buat hati wanita berdebar2 disebabkan layanan baik mereka. 
sedangkan bagi lelaki itu hanyalah layanan sebagai seorang kawan..
hm..
mmg cite aku ni tonggang terbalik.
korang jgn la tension pulak baca benda ni.
entah. aku xtau nak cakap camne.
tapi lelaki,
fahamilah bahawa wanita itu cemburu kerana sayangkan kamu :)