Monday, December 19, 2011

Bercakap memang seronok. Bila terkena?


Assalamualaikum ya sadiki.. hehehe. tetiba berbahasa arab pulak gara-gara baru habis test Arab petang tadi walaupun hati tengah marah + jiwa tak tentu hala.
Actually aku menulis ni dengan satu tujuan je.
Aku, NADIA BINTI SAAD nak mohon ampun dan maap dari hujung rambut hingga hujung kuku ibu jari kaki pada semua2 yang aku pernah sakitkan atau kecilkan hati korang. Mungkin aku tak sedar salah silap aku. Aku kan manusia biasa dan jahat dan penuh kesilapan dan mulut laser dan kuat gossiping. kui3...
Aku cuba melakukan yang terbaik.
Tapi bukan semua orang boleh terima. Kan kan?
Sepanjang semester ni aku asyik lah ditimpa sesuatu yang aku x ingini.
Puas lah akal aku yang genius (ni tipu! haha) ni berfikir, kadang-kadang aku terfikir jugak apa yang jadi atas aku adalah Karma.
Tapi bila aku kaji-kaji balik, seingat aku aku belum pernah buat orang macam apa yang aku rasa.Seingat aku lah. Yang aku tak ingat mungkin ada. kottttt
haish. dahlah . semak kepala aku fikir kan masalah yang x sudah2. korang doakanlah aku ye? plisss plisssssss.
Ok thanx! hahahahaha~
Berserta ngan entri ni, aku nak gak cakap sikit tentang etika menegur seseorang.
Walaupun tak kait dengan yang kat atas ni, aku nak share jugak untuk mengingatkan diri aku sendiri dan kawanII yang aku kasihi. ceittt !

1. Menegur dengan cara yang tidak mengaibkan
Maksud aku kat sini ialah, mungkin kesilapan yang kawan kita lakukan tu terlalu peribadi, jadi bila kita nak tegur tu, pastikan hanya kita dan dia je yang ada. BUKAN MELALUI PENYAMPAI atau MENEGUR DI KHALAYAK RAMAI. Mesti la kawan kita malu nanti kan... awak suka ke kawan awak malu??? Aku x suka. sebab aku sayang kawan aku ! wee~

2. Pastikan kita menggunakan ayat yang betul
yeah. yang pastinya bukan ayat seperti caci-cacian. contohnye macam "hoi kau ni pakai ketat-ketat dah macam badak sumbu" hahhaa.. *melampau x aku pye contoh ni? hehehehehe...

3. LU PIKIR LA SENDIRI
yang ni aku dah malas nk fikir. nanti-nanti kalau aku ada masa aku sambung lagi ye. walaupun xde orang nak baca. eheheheheheee....

*Tekanan demi tekanan terpaksa aku hadapi.
*Semoga Allah memberi hikmah disebalik apa yang terjadi.

p/s: Thanks derarest friends yang sabar mendengar cerita dan berkongsi suka duka. Thanks jugak Hafis sebab jadi teman saya dan selalu terima saya apa adanya. Sumpah awak tak macam orang lain !hehehehhehe :P

Chilll......................................... to maself. kikikikikiki

Saturday, December 17, 2011

Berangan seketika :)


First time rasanya aku bercakap pasal lelaki idaman aku.
Yang selama ni aku selalu menidakkan rasa itu
Aku selalu mengabaikan setiap impian aku
HEHEHE…
Kali ni nak cakap jugak. Nak jugakkkk.
Yang pertama:
Lelaki yang jujur dan iklas. Bagi aku kejujuran tu kunci utama bagi setiap hubungan. kalau sekali x jujur, kepercayaan pun hilang~

Lelaki yang nampak nakal tapi berhati mulia.. heheheee... so sweet!

Maskulin itu penting! sebab aku ni kaum yang lemah.. kalau lelaki pn lembik jugak cne??? :P

Boleh membimbing aku.(yang ni wajib la kan)


Rajin bekerja- aku x kisah apa pn pekerjaan dia, berapa pun gaji dia, kalau rajin, mesti ada tempat untuk dia mencari rezeki.


Menghormati orang tua. kalau dengan orang tua aku pn dia tak boleh hormat, inikan pula dengan aku.

Mempertahankan rasa cintanya macam dalam cerota OMBAK RINDU. hehe

Dan yang penting…. Di mestilah macammm

AARON AZIZ ! ahahahhaaa…
Rasanya semua wanita pn nak macam tu. Tak terkecuali aku. Tapi tu hanya lah impian. Yang pasti, aku akan menerima seadanya. J heee.
*Entri sekadar ingin berkongsi.. Bagaimana dengan lelaki idaman anda pula? meh cite sikit... :)
*gambar credit to: google

Saturday, November 5, 2011

Reply to : Gadis misteri dan Plainofmine :)



Assalamualaikum ! heee.. *big hug.
tiba-tiba hari ni buka blog ada tag dari cik gadis misteri and wa anti yati.
weee~
hepinye nak jawap soalan korang (kalau korang x tanya pn memang aku suke cerita kan?) haha.
maklumlah... mulut byk makan tongkeng ayam. cotcetcotcet jela keje.. kikiki..
okay yang kat bawah ni rules untuk jawab soalan-soalan yang di tag tadi:
  • You must post these rules.
  • each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • answer the question the tagger set for you in their post. and create new eleven question for the people you tag to answer.
  • you have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • no tag back!
And the 11 things about me are:
1.     Aku sebenarnya tak pandai menulis dalam blog. setiap kali aku tulis, lain yang aku fikir lain pulak yang aku type. 
2.     Tahap pelupa aku adalah paling maksima sekali sampaikan aku boleh lupa benda yang aku baru letak 1 minit je! (salahkan semut sebab suka masuk dalam air aku. huh~)
3.     Aku terlalu menginginkan badan yang kurus dan tinggi! bukan tak bersyukur, tapi hati meronta2 nak jadik macam tu. nak wat cane kan. Sob2.
4.     Aku adalah seorang yang sangat setia. (hehehe... yeke ni?)
5.     Aku paling tak suka bila ditipu. Rasa macam aku orang paling bodoh dalam dunia ni.. hmmm...
6.     Pernah mendapat tempat terakhir dalam exam masa form 4. isk3! malu wooo~
7.     Anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik. tapi aku selalu berangan jadi anak tunggal sebab aku sorang je perempuan dalam keluarga.. hehe. Damn happy :)
8.     Seorang pen"diet" yang selalu failed! cakap je lebih. makan tetap banyak gakkk. tapi nak kurus.. camne???
9.     Sangat suka tengok orang berfesyen.
10. Senang menangis sebab kawan tapi hati macam batu bila tiba bab2 boipren.. hihi
11. Last but not least, aku sangat suka shopping!!!!!! ok bai!

Sekarang tiba masa untuk jawab soalan cik gadis misteri yang ayu dulu ye =)

1. Apa makna nama anda?
hmmm. nadia pun kurang pasti. Tapi mak and ayah selalu cakap maksud nadia tu pemurah dan penyayang :)
2.  Suka kucing tak? Jawab jujur. Huhu...
Suka sangat! tapi bukan sangat2 macam amna. heheheee
3.  Aku misteri tak?
Misteri masa baru-baru kenal dulu. sekarang dah tak. wekkk...:P
4. Kalau tiba-tiba dapat magic untuk menunaikan satu impian, apa impian tu?
Nak jadi seorang yang penyabar, dan nak keluarga yang lengkap. ada ayah.
5.  Blog anda secara keseluruhannya, mengenai apa ya?
Haha. yang ni xtau nak jawap apa. semua pn nadia tulis...
6.  Apa tiga benda yang anda tak akan buat walaupun keadaan memaksa?
Pegang katak, makan laksa lagi sekali and putus dengan BF kot. gediknya jawapan......*.*
7. Mana yang anda utamakan? Budaya kita atau trend semasa?
Cinta budaya kita, suka trend semasa. so, both pn nak !
8. Buat masa sekarang, benda (milik anda) apa yang paling anda sayang?
Ape ye?? Album gambar  kot..
9.  Sebab apa follow blog Gadis Misteri ni?
sebab sayang amna! hehehe
10. Cinta pertama masa umur berapa ya? Hehe..
 Masa umur 14 tahun kot. cinta monyet jeee

Yang ni nak jawap soalan wa anti yati pulak. kang x jawap merajuk pulak si gemuk tuh... kikikii


·  name penuh plus lahir kat mana
kalau nama aku pn ko xtau mmg nak kena jotos la kan!!!
·  suka kawan dengan aku tak? (juz jujur coz aku xmkn org)
tak suka. suka gaduh je ngan kau. kui3
·  sanggup buat apa saja utk kawan?
Tengok kawan jugak. kalau kawan tu sanggup buat apa saja untuk aku, aku xkan teragak2 untuk buat apa saja untuk dia. :)
·  paling sedih kalau kehilangan...............?
Keluarga 
·  pandangan mengenai pemerintahan Malaysia sekarang?
X amik porttttt
·  sila mention sepuluh nama yang paling korang tak boleh hidup tanpa mereka.
Mak, along, kak. ekin, angah, uda,mamat, Mohd Hafis Abd Aziz, and semua kawan2 rapat saya!
·  kelebihan yang korang rase tak de kat orang lain?
takde . saya sentiasa rasa diri saya serba kekurangan :(

Fiuhhh.. siap pn jawap soalan ala2 Kiah propa diorang ni.
Ni dia hamik korang soalan dari nadia yang baik hati. Hehheheeee. Perasan jek.

1.     Nama panggilan paling korang tak sukayang korang pernah dapat.
2.     Korang ingat tak tarikh anniversary mak dan ayah korang?
3.     Apa perasaan korang masa mula2 masuk tingkatan 1.
4.     Tulis 3 perkara atau benda yang anda obsess.
5.     Aku gemuk x? (jangan jawap jujur sangat. kakakkaah)
6.     Apa kereta idaman korang?
7.     Pernah ada berapa boifren?
8.     Suka makan banyak ke makan sikit?
9.     Contoh lelaki /wanita idaman? Dah dapat ke belum?? Hehe
10. Benda paling gila korang pernah buat bersama teman lelaki/ wanita korang.
11. Warna kegemaran anda2?

Tu je soalan yang dapat aku fikirkan sekarang. Sudi2 lah jawab ye anda semua. Maaf kalau ada soalan yang terlebih jahat mulut.. peace no war J

p/s: Its called Love when your heart starts drumming.




Thursday, September 29, 2011

Eh, rupanya aku begitu dan begini?

Pejam celik pejam celik dah tiga minggu aku meneruskan perjuangan semula di tanah Shah Alam yang kupijak dan langitnya yang ku junjung. Diam-diam dah semester lima aku rupanya. Hanya tinggal beberapa langkah untuk aku lalui. Beberapa tapak untuk aku duduki. Perasaan aku? Haruslah aku seronok dah nak abis study kan. orang gila jela yang sedih. HAHA. Tapi sungguh aku belum puas. belum penuh pun Ilmu di dada. Aduh kerdil dan ceteknya pengetahuan aku. Tapi tak apa. mungkin ada benda lain yang akan mengajar aku. kan? aku harap macam tu lah... :)
Oh ya. masuk2 semester 5 ni, untuk kelas pertama subjek ETP pensyarah aku tugaskan kami untuk buat analisis diri. apa itu analisis diri???  Mengikut terjemahan aku sendiri, analisis ialah kajian yang kita lakukan untuk mengetahui keputusan bagi sesuatu persoalan. 
Baru sekejap tadi aku selesai memerah otak untuk analisis diri aku nih. Mencari apa yang positif, dan apa yang negatif dalam diri. Baru aku tau, rupanya aku begitu dan begini?? Susah rupanya nak kenal diri sendiri. Tak percaya? korang cuba lah. Untuk aku, nak cari perkara positif adalah susah dalam diri aku ni. Hahh... yang negatif tu pulak mesti lah bertimbun-timbun. Hehe.. aku pun tak tau. Adakah aku tak kenal diri aku sendiri? Kalau macam tu macam mana aku nak kenal orang lain? susah kan? Kalau korang nak tahu. Mari lah sama-sama buat analisis macam aku. mesti korang akan nampak siapa diri korang yang sebenar. Bila kita kenal dengan diri kita, baru lah kita boleh kenal orang lain. Semudah ABC! Okay jom layan gambar aku kejap (korang nak analisis aku pon boleh~) hiiiii.. zazzzz!
Ni gambar aku bersama kawan2 aku masa raya yang lepas(saja nak interframe. Aku yang bertudung ungu.) hahahaha~ jgn mara aaaaa~~
*kalau korang terer, buat lah analisis untuk gambar ni.. hehe..

Sunday, September 4, 2011

cemburu tapi tak buta

Asslamualaikum..
dah selalu sgt aku dengar orang cakap "cemburu buta, cemburu buta"...
dari generasi nenek moyang cucu cicit buyut embah lanang embah wedok semua ada  sampai lah sekarang ni hah..
lebih-lebih lagi kaum Adam di muka bumi ni la.
bila orang cemburu mesti mereka katakan cemburu buta. hadoi~
bagi aku pula, cemburu tu tak banyak yang buta! serius sikit gila.
dan perempuan akan cemburu bila rasa dirinya tergugat,
perhatian yang diberi teralih...
atau....................................................

ada insan lain yang kelihatan tertarik dengan orang yang mereka sayangi.(contohnye ;tersenyum2 simpul dengan kekasih hati, menngelabah tak tentu pasal, and macam2 la.. )
tak buta kan cemburu camtu?
aku tak reti nak terangkan camne..
tapi wanita yang pernah mengalami pasti memahami.
Aku sendiri tidak terkecuali lah..
yela aku kan wanita (dah umur 21 thn kira wanita la kan????) hehehe
mmg tipu la korang kalau kata tak pernah cemburu...
hati dan naluri wanita ni sangat kuat.
para penipu kat luar sana tu leh lupakan la kalau korang rasa nak tipu awek2 korang tu..
mereka boleh rasa..
itulah kelebihan wanita.

melalui pemerhatian aku. (dah macam ahli fizik la pulak) haha
ramai lelaki dah buat hati wanita berdebar2 disebabkan layanan baik mereka. 
sedangkan bagi lelaki itu hanyalah layanan sebagai seorang kawan..
hm..
mmg cite aku ni tonggang terbalik.
korang jgn la tension pulak baca benda ni.
entah. aku xtau nak cakap camne.
tapi lelaki,
fahamilah bahawa wanita itu cemburu kerana sayangkan kamu :)


Wednesday, August 31, 2011

cerciter RAYA!

Aku malas lah nak wish2 selamat hari raya.
yang penting aku nak mohon maap dari hujung anak rambut sampai la hujung kuku ibujari kaki aku ni..
aku tau aku ni menjengkelkan. hihi..
so aku mmg nak mintak maap banyak2 . *ni betul2 iklas dari hati aku tau!
harap korang korang dan korang sudi memaafkan kesilapan hamba ini.. ceh...
Raya aku tahun ni sama seperti4 tahun yang sudah.
Raya tanpa abah yang tersayang..
(Al-Fatihah)
yang pergi tetap pergi,
aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan abah di sana...
walaupun jauh kat sudut hati aku ini tak terbendung rasa rindu..
tapi ape pun..
aku bersyukur sangat2 diberi peluang raya dengan family yang tercinta *walaupun family aku kecik je..
so xdela meriah mane pon..
lantak lah yang penting ALHAMDULILLAH nadia!
ish..
jgn merungut okey..
meh aku nak hidangkan sikit dengan gambo2 raya aku sekeluarga, bukan dengan lemang ok ! nak lemangbeli sendiri. hihi..




so, ni la family gue! hehe





Meet my 3rd brother-ewan


dah2 budak bawah umo xleh tgk gambo byk2. nanti kena sawan. haha
ok bai!

Tuesday, August 9, 2011

Formspring yang menakutkan !



Har har har formspring. Ni ada satu kisah.  Opkos la pasal formspring kan dah tajuk pn formspring. Ah bape banyak perkataan formspring la aku nak sebut nih.! Ish~ Puiihh~ aku nak sebut jugak. Formspring formspring fomspring!
Haha padan muka. Mesti benci kan baca benda sama ulang2? Lantak lah aku dulik hape. Lalallaaa~ melalut dah nadia nih ! ok ok stret 2 the point. Di pagi yang indah ni, lepas aku sahur aku pun berlari-lari anak (excited) menuju ke lappy ngokngek adik aku. Beria nih aku nak buka facebook. Ingat ada byk komen la (ok tu aku perasan je) haha. Bila aku bukak ade la 2 notification. Yang satu tu game request yang sangat lah aku benci. Bukan apa. Aku ni dala x reti main game2 tu. Jadi nye…. Jadi nyeee….. aku…... *jeles. Har har.


Ok abaikan yang tu. Notification yang kedua ni lagi penting. Ianya berbunyi ‘Cik blabla bla post on your wall’. Eh?? Aku pn pelik. Beliau ni xnah komen2 ngan aku. Tegur pn xnah. Aku add die sebab aku baca blog cik ni yang agak menarik.. so aku add la kan. Aku pn bukannye slalu sgt add org aku tak kenal. Tapi memandangkan die ni seorang wanita yang ayu dan nampak baik, aku tanpa ragu2 add lah beliau. Ok sambung bailk……
Sambil aku nak buka wall post ni otak aku ligat la pikir apa die post kat wall aku. Lagi skali aku excited la kan. Yela mana tau ada orang nak kawan2.. (nak beli shawl ke) hahaha!… itu la yang aku bayangkan. Tp kan………………


Fuh, tanpa aku duga sangkaan aku meleset 120%! Ceh.. ayat nak macam cerpen majalah remaja. Hakhakhak… ok nak tau ape wall post yang aku dapat tu? Ianya memang la merupakan hadiah ! hadiah yang sangat lah besar dari cik blablablaa.. ish~  sungguh aku tak tipu. Betapa tercarik nye hati seorang nadia… ni la hadiah yang aku dapat pagi2 selepas sahur di bulan ramadhan tu;  SERONOK DAPAT FITNAH ORANG? Lebih kurang camtu la ayat beliau.. aku pn xleh nak copy sebab secara officialnye beliau dah remove aku. L xpe… aku x kisah pn remove2 ni…  
Tapi hey beb! Bile masa lak aku fitnah awak cik gadis yang ayu? Aku kenal die pon tidakk? Komen pn x pernah. Ish ish ish… aku terkejut sangat2. SEDIH. Yela tipu kalau kate korang kool je kena fitnah yang korang ni MEMFITNAH! Ape ntah ayat aku. Lantak la.. kalau x paham sila baca berulang kali tauu.. maap2.. then aku pn terus la buka page fb beliau (untuk kali kedua. Kali pertama aku tengok masa die lepas approve aku, aku tengok gambar2 die je). Bila aku buka je….. loading.. loading….. Oke BINGO ! aku dah dapat jawapan nape die kate aku fitnah die.. sebab… sebabb.. aku tengok status beliau. Beliau tulis      ‘nak tya soalan pn agak2 la. Bulan2 puasa blaaablabla…..’ serius aku x bape ingat. Tapi camtu la bunyinye.. maaf kalau tersalah ye.. oke. Bila cakap pasal soalan mestilah berkaitan ngan Formspring right? Oh dem ! yes!! aku sangat2 ingat yang malam tadi aku ada buka formspring aku. Dah lama x buka ponn. Sebab xde orang nak tya aku soalan ala2 terjah gitu. Haha.. formspring aku tu pon baru lagi. so aku memang follow sume frens FB aku. Dah alang2 aku bukak Formspring tu aku pn check la inbox aku. Ada la beberapa soalan kat situ. Tapi salah satu nye berbunyi ‘AKU DENGAR KAU TENGAH SAKAN BERCINTA KAT MEDAN. CIUM SANA CIUM SINI’ . aku baca sekali, aku terkejut. Aku baca dua kali, aku berfikir. Aku baca lagi kali ketiga. Then aku fikir itu soalan main2 yang ditujukan kat semua orang. Aku gelak jelah. Medan mana pulak kan?  So aku ignore jelah. Benda aku tak buat. Aku ni pulak guna lappy yang xpandai ternak tikus (mouse) bila aku nak scroll ke atas page untuk logout aku terclick la button send Q to  to 9 friends kat bawah soalan hot tadi tu. Bile dah tertekan tu aku macam…….. Ah lantak lah. Aku tak fikir ape2 pon… hihi..

Tanpa aku sedar cik blabla ni dapat gak soalan yang aku send kat ramai2 orang tu. Oh yessss. Korang paham kan? 
That’s why lah die post kat wall FB aku camtu..
Tapi.. tapi… pengeposan die kat wall fb aku2 rasa agak tidak munasabah. Korang rasa??? Yela kan soklan yang aku bg beliau tu kat formspring. Nape nak post kat wall FB aku kate aku fitnah awak cik gadis? Lagipun post kat wall, sume orang boleh nampak kot? Itu bukan dah mengaibkan? Sedangkan aku terhantar solan kat die tu pn masuk lam inbox kan? Aku pn x perasan aku hantar kat dia. Hahhaa..  ape la cik gadis ni.tapi sungguh. Aku rasa malu wlaupn aku bukan seperti yang dia katakan! Kalau aku tak jawap wallpost die tu nanti orang pikir mmg aku fitnah die lak kan. So aku pon balas la kat wall die. Wall-wall. Adil kan? Haha. Aku tulis  .. OO U MEAN PASAL SOALAN FORMSPRING TU KE? SORRY LA SAYA PN PELIK SAYA DAPAT SOALAN TU. TAPI TAKDE LA SAYA SAMPAI NAK POS KAT WALL FB ORANG YANG BG SOALAN KAT SAYA TU CAKAP DIE FITNAH SAYA. AND PASAL SOALAN SAYA TERTEKAN BUTTON SEND TO 9 FREN. TQ.  Itu je aku cakap. Kerek tak ? aku rasa separuh2 la. Dalam kerek post aku tu masih ada lagi rasa hormat aku selitkan.

Beberapa minit kemudian……………..

Cikk blabla pos semula ke wall aku
TAK BOLEH KE POST KAT SEMUA FREN CAKAP SOALAN TU BUKAN DARI KAU. SAPE2 DAPAT SOALAN CAMTU MESTI HANGIN. NI MESTI BUDAK DARI BLOG KAN SEBAB AKU TAK PERNAH NAK ADD STRANGERS. MENYESAL AKU APPROVE MANUSIA MACAM NI. (ayatnye lagi pedas dari ni tapi aku x ingat sangat)
Peh ayat die aku cakap kau… ces.. mengigil tangan aku dibuatnye.. em. Patut ke aku marah? Memamg salah aku kan? Tapi kan. Hey2.. korang baca semula kat wall pos aku pada beliau. I DO SAY SORRY OKAY! Tapi die? Dala tibe2 post kat wall aku kate aku fitnah die???? Aku fitnah die ke die fitnah aku? Emm siyes sedih oh. Then kata menyesal approve manusia macam aku? Aku manusia macam mana?? Macam beliau jugak kan?humm.. (kecewa sangat bila ada yang simply tuduh kita macam tu) Ok Bye nak nagis  3 hari 3 malam.XOXO

p/s: Siasat dulu sebelum mengepos apa2 yang boleh mengaibkan orang di WALL POST. Kalau kat inbox tu xpe gak kau ngan aku je tau.

Oh sila jangan meluat sebab cerita ni macam pergaduhan kanak-kanak sekolah ! har har har


Dear cik gadis yang saya anggap ayu, saya dah tak anggap awak seperti itu lagi. MAAF.  U are totally… totally…. Urm oke aku puasa. X jadi cakap. haha


oh  aku ada lagi pesanan ! pada kawan2 formspring yang aku hantar soalan tu kalau ada yang tacing2 feeling aku mintak maap awal2 okeh. aku pn dapat soalan tu dari kawan yang lain! it just a joke oke? oke? oke? (aku tya 3 kali sebab takut ada yang tak oke nanti aku kena sound lagi pulak. haha)

Friday, July 8, 2011

My semester break

Hallo2 and salam korang...
rasa macam dah lama tak update blog ni..
masa praktikal hari tu kalau boleh hari2 nk update..
mcm2 benda aku nk cite kn..
tp senjak cuti and duduk terperuk dengan hormatnya kat rumah ni rutin aku setiap hari sgtlah membosankan yekk...
ok i will make it clear..
jadualnya bermula dari hari Isnin..
pagi,bangun.breakfast,kemas rumah (ckit2 jerr), masak, tgk tv, on9, mkn, main game, dengar lagu n tidooooooooooo....
Selasa pulak pagi,bangun.breakfast,kemas rumah (ckit2 jerr), masak, tgk tv, on9, mkn, main game, dengar lagu n tidooooooooooo....
Seterusnya hari Rabu,pagi,bangun.breakfast,kemas rumah (ckit2 jerr), masak, tgk tv, on9, mkn, main game, dengar lagu n tidooooooooooo....
dan begitulah juga untuk hari seterusnye...
errr...
nape cam hari2 buat benda yang sama je ye..
busan kan???
korang yang baca pn bsn.. aku lagi ler...
hiks~
so sape2 yang baca entry ni dan merasakan perasaan yg sama mcm ak, anda dialu2 kan untuk mengajak aku buat xtvt atau ajak la aku jejalan.................
heheheh..
sian2...


*kan bagus kalau ada ubat untuk hilangkan bosan??

btw thanx 4 reading again !!
lop u su much la ~ weee..

Monday, July 4, 2011

Hari yang ditunggu-tunggu



Asslamuailaikum readers..
at last hari yang aku tunggu2 selama dua bulan tiba jugak..
2/07/2011..
hari gembira aku dan kawan2 practical yang lain jugak i guess...
first thing is that is the last day aku menjadi warga Roshfin Keramik..
second thing is hari tu jugak kakak bestfren aku kahwen (aku boleh dtg cantik2 and take pic byk2 jugak..... tu je motifnye... hehehe)
And the last but not least is my BFBF (anda kena cari sendiri maksud bfbf tuh... :)) datang ke pelusuk subang jaya untuk menjemput aku balik rumah...
sian dia susah2 ajew~~~ hehe(padan muka penattt)...
Sungguh best kan hari sabtu aku tu?
however..
tu semua sangkaan aku je..
aku sangka hari itu hari paling gembira..
aku tak sangka aku akan sedih dan sebak..
sedih nak tinggalkan staff2 di situ yang byk berbakti pada aku dan kawan2..
aku sayang mereka semua.. huhuhu :(((((((((
berat kaki aku nak melangkah keluar dari office itu..
sedih...
tapi xpela.. ada jodoh kita jumpa lagi ye kakak2...
i LOVE u olll <3...


gambar di ambil dari blog yattyusof..
pinjam kejap ye yatt.. :)

 aku waktu di wedding


dari kiri jojo, yattyusof and aku


the roshfin gurlz... hehehehehe

*tiap yang berlaku tuh ada hikmahnya :)

ni jelah gambar yang aku sempat uploud buat masa sekarang. yang lain akan menyusul kemudian ye... 
ILY :)


Tuesday, June 28, 2011

oh lemak !

me still in fatty figure..
oooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~
penat nak bawak badan...
berat....
how can i become skinny in 1 month? 
boleh tak? 
:(
aku cam yang belah kanan tuh.. hahahaha :(
p/s: tak berdiet dgn menyeksa diri...
hehehehe...

Sunday, June 26, 2011

bandar di kaki langit?

Assalamualaikum and salam sejahtera kalian.......................
pagi tadi sewaktu aku otw balik ke subang jaya dari johor, aku terdengar berita di Sinar FM.
seyes, berita nih sgt la menarik perhatian aku sampai aku jadi tak sabar2 nak google2 gambar BANDAR DI KAKI LANGIT tersebut...
sampai je kat tmpt keje aku terus la search..
and sangat lah aku terkejut tgk gambar bandar tuh...
real...
amazing..
pelik...
takut...
n macam2 perasaan lagi lah...
otak aku pulak berfikir betul ke tak benda nih?
maybe ini juga salah satu tanda akhir zaman...
bandar kerajaan langit Misteri Bandar di Kaki Langit
imej di kaki langit Bandar Huanshan, China


imej ini terhasil selepas hujan lebat dan cuaca menjadi lembab di sepanjang sungain Xin'an.
Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu agak berlainan dan bukannya refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

P/S: DUNIA KITA SUDAH TUA....macam2 benda aneh dah berlaku.. renung2kan dan selamat beramal... hehehehe

Saturday, June 25, 2011

tengs cik MAKE OVER.. hahaha:)

salam pagi dan selamat morning sume...
haaha.. ape aku merepek.
actually aku baru neh baru je bgn tdo.
di tengah hari yang indah ni,,
so harap maaf la ye kalau agak merapu ckit.
 @.@
penat kottttttttttttttttttttttttttttttttttttttt semalam jejalan sakan then terus gerak balik jihor.
ish~
memang gila...
macam nak patah la gamaknye kakiku ini. hu~
yang penting kat cni nak cte pasal cik make over je.
hahaha.
cik make over yang membuat saye berangan2 bagai~~
hish...
tengok la neh betapa keberangannnye...............................
hehehhe:)

aku lagi donk....!

erkkk.. muka species ape neh?

yeah...itu cik wa anti yati saya... wek2..

meooowwwww... (motif?) heh


erkkk? si bigau... ntau x bigau tu apeh? rujuk kamu bahasa jawa eh. hiks

lalalalla~~ seronok kan berangan?
hehhehe.. thanx for reading this entry u olllllllllllllllzzzzz..... (apsal gedik x pasal2 nih?)
lol~

Wednesday, June 22, 2011

dilema.. dilema dilema !!

Telah ramai rakyat Malaysia mula sedar tentang bahaya penyakit OBESITI yang mula menular dengan aktifnye di negara kita ni.. ramai juga yang mula meninggalkan kedai mamak, sarapan nasi lemak dan roti canai seperti kebiasaanya.. macam biasa aku pn tak terkecuali lah... tapi aku lain sikit. kedai mamak tetap jadi fevret. hahahha... bezanya menu yang aku order tuh.. kalau dulu mesti nak roti canai. tapi sekarang paling2 pun bihun goreng atau maggi goreng je... walaupn jumlah kalori bihun goreng lebih tinggi dari roti canai iaitu (550) bagi bihun goreng dan (220) bagi sekeping roti canai TANPA KUAH, bihun goreng tu mengenyangkan dan buat aku tak rasa nak makan lagi. so jumlah kalori yang aku ambil dalam sehari tu masih tak melebihi 1200 kalori.. berbanding kalau makan roti canai, tak sampai 1 jam dah lapo semule.. time tu mula la otak dan fikiran aku memberontak nak mengunyah la, makan jajan lah. KFC la... hehehehe.. nafsu la katakan..
tapi memangangkan sekarang berat badan aku mula naik dengan banyaknye berbanding masa study kat uitm perak dlu, terpaksalah aku bermanja2 dengan sedikit senaman dan sit-up(tu pn kalau rajin) hahahha...tapi kita kena ingat tau.. senaman dan diet tu bukan sahaja untuk cantik. tapi lebih tertumpu kepada kesihatan.. kan kalau kita sihat hidupo pun ceria...right??? so beringat2 lah sebelum kita keOBESITIan... lalalala~
so after this kalau nak makan cek2 la jumlah kalori yang terdapat dalam makanan anda yang nampak innocent tu huh...

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategoriminuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal



1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories 
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur  20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti  less 100 
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

:)))))))))))))))

notes: jumlah2 ni aku amik daripada laman web taw.. bukan aku g buat penyelidikan.. LOL



ni la contoh makan yang seimbangggggg ~~~

Monday, June 13, 2011

bahasa itu INDAH

hari ni aku tertarik dengan 1 laman web tentang perumpamaan dan peribahasa kita....
lepas aku baca semua perumpamaan tersebut, buat aku terfikir betapa bijaksana nye masyarakat zaman dahulu.
setiap perumpamaan yang timbul terus dijadikan panduan hingga sekarang.
okay...
aku jatuh cinta dengan bahasa kita...
indah~ :)
salah satu peribahasa/ peumpamaan yang sgt terkena kat aku ialah
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu'...
dalam situasi aku yang agkl sukar kat tempat prac ni adalah sekali dua aku fikir untuk give up. tapi dengan sabaris ayat di atas semangat aku seakan-akan pulih.. okay... aku tak boleh give up... aku mesti kuat kan???
bermakna sungguh sebaris ayat hikmat tersebut:)

Then adalah juga beberapa lagi baris ayat yang memukau pandangan mata aku ini.... take this as your notes through life. <3
*'Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.'
*Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
=)))